Junk | Iklan



Showing posts with label percintaan. Show all posts
Showing posts with label percintaan. Show all posts

Wednesday, June 23, 2010

Malam yang dingin.....

Di suatu malam yang dingin, di dalam

sebuah bilik yang sederhana besar,

di atas katil...... sepasang suami isteri

yang telah lanjut usia baru masuk tidur.



Suaminya telah mula mengantuk tapi

isterinya terbangkit perasaan ghairah malam itu....


Si isteri bersuara,

"Dulu-dulu tu.... abang selalu pegang tangan saya

bila kita nak tido."

Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan

isterinya, lepas tu mula mengantuk semula.


Beberapa ketika lepas tu, si isteri bersuara lagi,

"Kemudian tu.... abang selalu cium saya."

Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya

dan menyentuh bibirnya ke pipi si isteri.

Lepas tu sambung tido balik.


Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi,

"Kemudian tu.... abang selalu gigit-gigit leher saya......."

Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar

selimutnya dan bangun dari katil tu.


Si isteri bertanya, "Abang nak gi mana tu?"


Dengan marah suaminya menjawab,

"Nak gi amik gigi ...la ni"

Tuesday, April 27, 2010

Rindu ku padanya...

Hanya Dia saje yg tau,
Di hati ini merindukan kau,
Walau berjumpa hanya sebentar tadi,
Rindu sudah bergolak di hati...

Masa ku tidak lama di sini,
Namun inilah yg terindah,
Kerna ak ada kamu disisi,
Menjalani hari dgn cinta indah...

Harapanku ingin bersama selamanya,
Tidak mahu ku berpisah,
xkan ku ungkap ayat itu selamanya,
kerna ku akan menyesal xsudah...

Cinta xperlu dekat,
asalkan hati sentiasa ingat,
Ade nye cinta di hati kuat,
Walau gunung xmampu menyekat...

Aku pergi xlama syg,
Utk menjamin kehidupan kita,
Akn ku kembali padamu syg,
suatu hari akn bersama selamanya..


Friday, April 23, 2010

Kisah Percintaan...

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialong mereka...

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?  
 
          

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu 
          abang memang cintakan Sayang.
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang  
 
          boleh katakan abang sayang dan cintakan saya  
 
          sedangkan  abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi  abang boleh 
          buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak  abang terangkan  
 
          kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang 
          mempunyai suami dan teman lelaki yang tahu
 
          menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi 
          dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan 
          sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata:

"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu
Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.
 

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
 
Surat tersebut berbunyi begini:
 
Sayang, jika disebabkan suaramu, aku menyintaimy
.... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh
mencintai mu. 


Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
 
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau
 tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. 
Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu..... sekarang bolehkah engkau melangkah?
 
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan
sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? 


Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."