gara2 gamba, pengemis dikatakan berfesyen...ahaks....betol beb...dr pengemis jalanan yg suke merayau sane sini akhirnye jd bntang fesyen n bkal jgak jdik pelakon!!!! pkaian yg die pkai sjak puluhan taun tu org kate trendy...kacak????hahaha..ok2 sile lah anda membace secare lanjut (yg lnjut usia pn blh bace yerr) di bawah :
Lebih sepuluh tahun lalu Cheng Guorong dari Ningbo, Zhejiang, China atau nama komersial hari ini Xi Li Ge seorang yang kecewa dengan kehidupannya yang susah.
Dia merantau mencari kerja dengan meninggalkan keluarga lalu ke kota besar. Malangnya dia tak berjaya malah semakin parah. Malu untuk pulang sebagai orang gagal, Guorong akhirnya jadi pengemis.
Tapi hari ini dia sudah menjadi bintang gara-kara gambarnya semasa sedang merayau tersebar di Internet.
Dia kini jadi peragawan setelah popular dengan gelaran pengemis seksi. Memang Guorong tetap kelihatan kacak walaupun dalam pakaian lusuh dan tak terurus.
Kini pakaian yang dipakai semasa merayau sudah jadi fesyen dan dia ada ramai pengikut.
"Saya seorang yang biasa saja. Internetlah yang menyelamatkan saya dari jalanan. Saya tak tahu langsung pasal fesyen dan tak faham mengapa orang label saya sebagai berfesyen," kata Guorong.
Guorong, 34, akan bergelar pelakon pula apabila ada syarikat yang mahu menerbitkan filem berdasarkan kisah hidupnya. Filem itu akan menjalani penggambaran September ini. Itulah rezeki namanya. Mungkin juga rezeki kerana memiliki wajah yang tampan.
No comments:
Post a Comment